Search This Blog

Thursday, July 12, 2012

maafkan saye yer awk...=P

macam langit, ada tikanya mendung, lalu manusia menunggu hujan. ada yang menyiapkan payung. di hujung kampung pula, habis air di tempayan dicurahkan. lumrah, ada yang gembira bila hujan, ada yang tidak. tapi alam ini tak mudah diduga. bukankah macam tu? tatkala manusia menunggu hujan, awan mendung berlalu. mungkin mengikut angin dek terpaut dengan kelembutannya. lalu hadirlah mentari, memberi kehangatan.

maafkan saye yer awk, hidup ni macam tulah, xsiapa menduga. bukan...bukan sayer dah xsayang awk. tapi ada aral yang mendatang. bukanlah kehidupan andainya tiada dugaan. 

macam siang dan malam, saling melengkapi. tak bermaknalah malam andainya tiada siang. begitu juga sebaliknya. tapi, siang dan malam xpernah bersua. bila datangnya siang, malam menghilang pergi. bila datangnya malam, siang tak lagi ad disini. namun antara keduanya, siang dan malam, bagaikan pasangan bercinta, saling memerlukan, malam mendinginkan siang, siang menghangatkan malam. walau hanya dapat bertemu saat subuh menjelma yang waktunya hanya sekejap cuma, malam dan siang masih ada cinta yang kukuh antara mereka.

maafkan saye yer awk, bkn niat di hati nk abaikan awk. sejujurnya, sedetikpun tak pernah melupakan. walau hanya sekejap jer dapat bjumpa, xbermakna awk dah  tak penting bagi saya. jangan sedih yer, masanya akn tiba.

macam gigi dengan lidah, ikatan yang xmungkin terpisah. saling memerlukan, sentiasa bersama menempuh pahit manis, asam garam, dan macam2 rasa lagi. bila mulut mengisi selera tanpa tanya pun pada gigi dan lidah, mereka tetap bekerja. saling membantu antara satu dan lainnya. gigi mengunyah, lidah merasa. tapi, seerat manapun gigi dan lidah, adakalanya tergigit jua. lumrah, yang rapat pasti terusik juga hatinya, terguris juga jiwanya. namun, esok lusa, antara keduanya, tetap bersama.

maafkan saye yer awk, saye sayangkan awk, bukan maksud nk mengguris, bukan niat nk menghiris. saya akn ada untuk awk. akan bagi yang terbaik.

macam alam, saling melengkapi, saling memenuhi, saling memerlukan.hanya jauhari mengenal manikam. takkan putus air dicincang. 

MAAFKAN SAYE YER AWK <3


Wednesday, February 1, 2012

air mata lavender.....

sehingga semalam (31 JAN 2012) genap 10 hari aku kenali dia...keluar bersama dan berbual...sgt memghiburkan hati aku yg dah lama kosong ni... dah lama sgt aku xmerasa kegembiraan seperti sekarang... aduh...rindunya aku pada senyuman dia..pada gelak tawa dia...pada sipu-sipu malu dia..xbertemu skejap...sejam rsa tlalu lama...tp bila bertemu pula...sehari berlalu begitu pantas...nak aje aku terus bersama dng dia.....tak mahu melepaskan dia pergi...nk terus dengar gurauan dia...cerita dia...nk terus tgk senyuman dia...mata dia...sipu2 malu dia...

tp.................hari ni...aku rsa resah sgt...knp ea? hurm.... aku harap dia maafkan aku...semalam buat pertama kalinya air mata dia gugur kerana aku...bodohnya aku... dia sgt istimewa sekarang ni dlm mengisi kekosongan hari2 aku... tp aku dah buat satu kesilapan yg mungkin akn wt aku nyesal ...aku xmau dia pergi...aku nk dia terus ad d cc...temani aku saban hari...memberi aku semangat seperti kopi...eh....kopi pulak...=)...

hurm.....lavender...owg benar2 mintak maaf...bkn niat owg nk membuat awk menangis... owg xmarahkan awk pon...dan xda ape pon kesalahan yang dah awk wt sepanjang kita kenal ni...owg nk kenal awk lebih lama....nk terus kenali diri awk...kalw boleh ......selamanya...=) awk sgt istimewa ...n owg hrp owg pun gitu....ati ni seolah2 dah bertemu keserasian yg owg cari selama ni... tlg jgn pergi...yg owg ingin hanya peluang utk owg usaha supaya org berada d hati awk suatu hari nnt.....

Thursday, January 19, 2012

hari kedua.................

kdg2 kehidupan nih pelik sgt...
benda2 yg kdg2 kita mmg tertggu2 sampai satu tahap kita dah hampir berputus asa..
.tiba2 pkara tu dtg tnpa kita duga...s
ungguh mcm xdpt d percayai...
kdg2 ia blaku dgn sgt pantas hinggakan kita rsa seperti kita tidak cukup persediaan..
.tp...apa2 pun kita perlu la bersyukur sebab pkara tu mmg kita tggu2...hehe...
dah lma xsenyum sorang2...



mood:hepi+terkejut+unbelieveble

Saturday, November 26, 2011

manusia

manusia...masa mereka memiliki sesuatu ataupun seseorang, mereka xpernah menyedari bahawa bertapa beruntungnya mereka. sehinggalah suatu masa, perpisahan datang dan menghukum mereka atas kealpaan yang selama ini menghanyutkan mereka. tika mereka merasa bertapa pahitnya perpisahan, saat itu barulah mereka sedar bahawa apa yang mereka miliki sebelumnya terlalu berharga....

Tuesday, October 25, 2011

seni orang kita


serunai, satu instrument yang xramai orang tahu, tambah2 orang muda2 zaman sekarang ni. mungkin juga ada yang terkeliru antara seruling dan serunai. sebenarnya kedua2nya adalah instrumen tiupan namun bezanya, seruling terhasil daripada getaran angin yang di tiup manakala serunai pula menghasilkan bunyi daripada getaran daun, yang dipanggil pipit, di hujung serunai tersebut akibat daripada tiupan oleh peniup.


walaubagaimanapun, perkara yang ingin saya ketengahkan dalam post kali ini adalah berkaitan seni permainan serunai dalam masyarakat melayu zaman sekarang. seni tradisional ini telah kian dilupakan dan permainan ini jarang boleh dilihat di kawasan2 bandar melainkan ada majlis2 yang berkaitan seperti pertabalan diraja ataupun kenduri2 yang menjemput pemain2 serunai dan gendang memeriahkan majlis.
serunai sering dimainkan bersama instrumen2 lain seperti gendang ibu, gendang anak, dan gong. terdapat juga segelintir kumpulan pemain gendang dan serunai ini yang menggunakan alat tambahan seperti kerincing dan gamelan.

permainan serunai dan gendang ini begitu sinonim dengan seni mempertahankan diri melayu iaitu silat. seperti ombak dan pantai ataupun irama dan lagu, permainan silat melayu tidak lengkap tanpa kumpulan pemain gendang dan serunai....begitulah indahnya tradisi melayu.


namun begitu, seni yang di banggakan sejak dahulu ini hanya tinggal kebanggaan. sukar untuk mencari pelapis2 yang benar2 meminati tinggalan nenek moyang kita ini. walaupun adalah seorang dua ank2 muda dan kanak2 yang meminati permainan ini...tp cukupkah kalaw hanya seorang dua??




akhir kata...angkatlah budaya kita...moga melayu xkn hilang di dunia

Sunday, October 23, 2011

amature drawing...


hello every one...these are my latest drawing and among the first drawing of my life with charcoal and color pastel....its quite hard to learn the method of using charcoal and color pastel by my self and it took me few weeks to know how to use the medium properly...what a mess...how ever...i hope that i will be as great as the other professional indeed...hurmm...is there any suggestion or positve feed back...u can put a comment in the comment box...i am please with that......


crow?
medium that i used (charcoal pastel, charcoal stick and color pastel)

Tuesday, September 27, 2011

perasaan

perasaan

selaku manusia, sudah tentu kita ini berbeza dari haiwan yang hanya mempunyai nafsu, seperti juga syaitan. kita juga sudah tentunya berbeza dari malaikat yang hanya mempunyai akal. kita adalah makhluk yang unik dan begitu istimewa dimana kita mempunyai kedua-duanya iaitu nafsu dan akal. selain nafsu dan akal, kita juga mempunyai perasaan dan perasaan selalunya dikaitkan dengan hati.

hati dan perasaan adalah anugerah yang tidak ternilai dari sang pencipta kerana dengan hati dan perasaan ini kita dapat menikmati nikmat-nikmat kehidupan di dunia fana ini. dengan hati dan perasaan kita dapat merasakan kesakitan, keperitan, kesedihan, kesunyian dan kehampaan. melalui perasaan-perasaan negatif ini dapat pula kita rasai kebahgiaan, ketenangan, kegembiraan, dan kepuasan. perasaan-perasaan ini saling melengkapi.

kenapa perlu ada rasa sedih dan duka dalam hidup seorang mnusia? kerana dengan rsa sedih dan duka itu maka kita akn sedar betapa nikmatnya rsa suka dan gembira. kenapa erlu ada rsa benci dan dendam dalam kehidupan mnusia? kerana dengan rsa benci dan dendam itu kita dapat fahami apa itu cinta dan kasih syg...

justeru...sebagai insan, kita tidak harus merungut dan bersedih atas perasaan-perasaan yang tidak menyenagkan. kata-kata pujangga, tiada langit yang akan mendung selamanya, suatu hari mentari akan terbit dan stiap hidupan yang melata akn disinari...sperti itu juga dalam kehidupan kita..duka dan sedih pasti akan singgah disudut hati mnusia biasa mungkin kerana kehilangan, kesunyian, dan berbagai lagi. namun. suatu hari nanti, kegembiraan n kebahgian akan dtg menjengah...apa yang perlu kita sebagai mnusia lakukan disaat kebuntuan dan kesulitan? ya...sudah tentu kita harus bersabar, redha dan berdoa agar segala kesulitan yang kita hadapi dipermudahkan dan semoga kita diberikan kekuatan utnutk terus berjalan..

"dunia ini tidak akan selalunya malam, pabila pagi datang, mentari akan kembali bersinar..cuma kita sebagai mnusia..ketika malam menjengah, intailah di dada langit dan berdoa lah agar bulan dan bintang akan menyuluh liku2 hidup kita"


dedikasi untuk diri ini..................................serunai kayu