Search This Blog

Tuesday, September 27, 2011

perasaan

perasaan

selaku manusia, sudah tentu kita ini berbeza dari haiwan yang hanya mempunyai nafsu, seperti juga syaitan. kita juga sudah tentunya berbeza dari malaikat yang hanya mempunyai akal. kita adalah makhluk yang unik dan begitu istimewa dimana kita mempunyai kedua-duanya iaitu nafsu dan akal. selain nafsu dan akal, kita juga mempunyai perasaan dan perasaan selalunya dikaitkan dengan hati.

hati dan perasaan adalah anugerah yang tidak ternilai dari sang pencipta kerana dengan hati dan perasaan ini kita dapat menikmati nikmat-nikmat kehidupan di dunia fana ini. dengan hati dan perasaan kita dapat merasakan kesakitan, keperitan, kesedihan, kesunyian dan kehampaan. melalui perasaan-perasaan negatif ini dapat pula kita rasai kebahgiaan, ketenangan, kegembiraan, dan kepuasan. perasaan-perasaan ini saling melengkapi.

kenapa perlu ada rasa sedih dan duka dalam hidup seorang mnusia? kerana dengan rsa sedih dan duka itu maka kita akn sedar betapa nikmatnya rsa suka dan gembira. kenapa erlu ada rsa benci dan dendam dalam kehidupan mnusia? kerana dengan rsa benci dan dendam itu kita dapat fahami apa itu cinta dan kasih syg...

justeru...sebagai insan, kita tidak harus merungut dan bersedih atas perasaan-perasaan yang tidak menyenagkan. kata-kata pujangga, tiada langit yang akan mendung selamanya, suatu hari mentari akan terbit dan stiap hidupan yang melata akn disinari...sperti itu juga dalam kehidupan kita..duka dan sedih pasti akan singgah disudut hati mnusia biasa mungkin kerana kehilangan, kesunyian, dan berbagai lagi. namun. suatu hari nanti, kegembiraan n kebahgian akan dtg menjengah...apa yang perlu kita sebagai mnusia lakukan disaat kebuntuan dan kesulitan? ya...sudah tentu kita harus bersabar, redha dan berdoa agar segala kesulitan yang kita hadapi dipermudahkan dan semoga kita diberikan kekuatan utnutk terus berjalan..

"dunia ini tidak akan selalunya malam, pabila pagi datang, mentari akan kembali bersinar..cuma kita sebagai mnusia..ketika malam menjengah, intailah di dada langit dan berdoa lah agar bulan dan bintang akan menyuluh liku2 hidup kita"


dedikasi untuk diri ini..................................serunai kayu

No comments:

Post a Comment